← Back to list
Caj pemeriksaan kesihatan pelajar masuk ke sekolah milik kerajaan hanya RM1
Jan 05, 2019

Foto - skpayadalam.blogspot.com
Kementerian Kesihatan nafi mengenakan caj sehingga RM100 bagi pemeriksaan kesihatan pelajar untuk kemasukan ke sekolah milik kerajaan.
Katanya, semua sekolah milik kerajaan termasuk Sekolah Berasrama Penuh hanya dikenakan caj sebanyak RM1.

Foto - moe.gov.my
Sekolah Asrama Penuh Kerajaan merangkumi sekolah-sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan termasuk MRSM, Maktab Tentera Diraja dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri.
Namun pihaknya menjelaskan, caj pemeriksaan kesihatan sebanyak RM100 hanya dikenakan untuk pelajar sekolah swasta yang merangkumi pakej asas iaitu pemeriksaan fizikal, x-ray dan urine.

Foto - abmc.com.my
Ia mengulas dakwaan seorang pengguna Facebook yang mendakwa dikenakan caj sehingga 111 ringgit untuk pemeriksaan kesihatan anaknya untuk memasukan sebuah sekolah di Perak.
Menurut individu terbabit, pengurusan hospital yang dilawatinya mendakwa caj berkenaan adalah polisi kerajaan baru.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca