Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Mat Sabu Tak Risau

Jan 10, 2019


Sudah menjadi lumrah, ahli politik apatah lagi menteri popularitinya ibarat sama hangat dengan golongan selebriti.

Antaranya, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang anak lelakinya dikaitkan dengan kes dadah baru-baru ini.

Namun tanpa menunggu lama, beliau yang mesra digelar Mat Sabu segera tampil beri kenyataan mengesahkannya.

Beliau juga menegaskan anaknya tidak akan terlepas tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

Tindakan dan kenyataan itu nyata menarik perhatian netizen yang memuji sikap terus terang beliau.

Sementara itu, Ketua Polis KL, Datuk Seri Mazlan Lazim menegaskan tiada pilih kasih dalam kes berkenaan hanya kerana suspek anak menteri.

Malah, mereka juga cuba mempercepatkan proses dan keputusan ujian sampel air kencing suspek.

Terkini Mat Sabu yang juga Pengerusi Amanah melahirkan keyakinan kes anaknya itu tidak jadi liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Kecil(PRK) Cameron Highlands hujung bulan ini.

Lanjutan mengenai pilihan raya berkenaan pula, bekas penolong pesuruhjaya polis, Ramli Mohd Nor dipilih sebagai calon Barisan Nasional(BN).

Beliau berasal daripada suku kaum Semai di daerah itu yang membentuk sebahagian besar daripada 22 peratus pengundi Orang Asli di kerusi parlimen tersebut.

Kerajaan PH pula telah lebih awal menamakan calon mereka iaitu M. Manogaran daripada DAP.

Penamaan calon PRK Cameron Highland akan diadakan lusa, manakala pengundian awal pada 22 haribulan dan pengundian biasa pada 26 haribulan ini.

Oleh: Joen Hamzah


 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us