← Back to list
47 rakyat Malaysia kini ditahan di Kemboja.
Feb 08, 2019
47 rakyat Malaysia kini ditahan di Kemboja sejak Disember tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian secara haram.
Pihak Kedutaan Malaysia telah melawat tahanan itu dan menghantar nota diplomatik kepada Kemboja untuk bebaskan mereka.

Hasil lawatan itu mendapati kebanyakan tahanan terpedaya selepas ditawarkan pekerjaan dengan gaji menarik.
Majoriti mangsa dilapor adalah pemuda Sarawak berusia 20-an dan datang daripada keluarga miskin.
Polis buru suspek kes curi di sebuah masjid di Setapak.
Polis buru seorang lelaki yang terlibat dalam kes curi telefon bimbit dan wang tunai jemaah di dalam sebuah masjid di Setapak, KL.

Foto: Kosmo
Terdahulu, viral sebuah video papar seorang lelaki ambil beg tangan seorang jemaah wanita yang sedang solat Subuh di sebuah masjid.
Instagram akan buang gambar yang papar aksi membahayakan diri.
Instagram akan buang semua gambar yang papar aksi membahayakan diri dari laman sosial itu.

Ini selepas seorang bapa mendakwa Instagram telah menjadi penyebab kematian anak perempuannya, dua tahun lalu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca