← Back to list
Malaysia bakal jadi antara pengeluar vaksin utama dunia!
Mar 04, 2019
Malaysia bakal jadi antara pengeluar vaksin utama dunia!
Ini selepas kerajaan rancang untuk bina kilang vaksin halal pertama negara di Negeri Sembilan, tidak lama lagi.

Menurut Kementerian Kesihatan, ia langkah terbaik kerajaan untuk tingkatkan keyakinan ibu bapa terhadap vaksin yang diberikan kepada anak-anak mereka.
Dalam perkembangan lain, tiga lagi kes difteria dikesan di Johor namun mereka dilaporkan stabil.
Undang-undang baru kawal selia penggunaan tembakau, vape dan shisha masih dirangka.
Kementerian Kesihatan masih rangka draf bagi gubal undang-undang baru untuk kawal selia penggunaan tembakau, vape dan shisha.

Ini kerana undang-undang sedia ada tidak melibatkan produk yang mengandungi nikotin.
Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya dapati bilangan individu yang langgar larangan merokok di premis makanan menunjukkan trend penurunan sejak ia dikuat kuasakan Januari lalu.
Peminjam PTPTN diminta langsaikan pinjaman!
Pengerusi PTPTN gesa peminjam untuk jelaskan pinjaman mereka agar wang itu boleh digunakan oleh peminjam baru.

Sejak tabung itu ditubuhkan 21 tahun lalu, lebih 360,000 daripada 1.9 juta peminjam gagal buat bayaran balik pinjaman mereka berjumlah RM2.7 bilion.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca