← Back to list
DNA23 bukan agenda kaum!
Mar 04, 2019

Foto - Astro Awani
Bukan agenda kaum!
Itu jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung inisiatif Digital Native Agenda atau DNA23 yang dilancarkan hari ini sebagai platform mengetengahkan pandangan orang ramai mengenai landskap ekonomi digital.
Malah tegas Anwar, DNA23 merupakan agenda rakyat dan perlu dilaksanakan tanpa meminggirkan golongan miskin, tidak mengira kaum.

Foto - Astro Awani
Beliau menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang mahu Pakatan Harapan melaksanakan janji melibatkan agenda Melayu dan Bumiputera selepas kekalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Semenyih.
Tambah Presiden PKR itu, kenyataan tersebut merupakan pendapat peribadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu sendiri dan tidak mewakili parti.

Foto - Astro Awani
Azmin terdahulu berkata, kekalahan PH pada PRK Semenyih merupakan mesej jelas rakyat di semua peringkat agar kerajaan segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca