← Back to list
Berhenti sebar maklumat palsu mengenai isu pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang.
Mar 14, 2019
Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai isu pencemaran sisa kimia yang sedang berlaku ketika ini.

Polis Johor berkata tindakan itu akan memburukkan lagi keadaan dan mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu , kerajaan memperuntukkan RM8 juta untuk kerja pembersihan sungai yang tercemar dengan sisa kimia di Pasir Gudang ketika ini.

Perkara itu diumumkan menerusi perbahasan usul pengisytiharan darurat di Pasir Gudang di Dewan Rakyat, petang tadi.
Dalam perbahasan itu juga, murid terjejas dan dimasukkan ke hospital disebabkan pencemaran itu akan peroleh pampasan menerusi Takaful Malaysia.

Foto: Kosmo
Dalam perkembangan berkaitan, isu kelas gantian bagi sekolah yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang tidak sesuai dibincangkan buat masa ini.
Menteri Pendidikan berkata apa yang lebih penting adalah tahap keselamatan dan kesihatan pelajar ketika ini.

Pihaknya juga umum bahawa ujian bertulis MUET sesi 1 2019 di Pasir Gudang pada Ahad ini ditunda ke pada 6 April depan.
Ia susulan lima buah pusat ujian itu termasuk dalam 111 sekolah yang ditutup akibat pencemaran bahan kimia di daerah itu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca