← Back to list
Berhenti sebarkan video insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand!
Mar 15, 2019
Orang ramai diingatkan agar tidak kongsi video insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand, di media sosial!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkata ia bagi menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.
Pihaknya kini dalam usaha untuk menurunkan video insiden itu yang dimuatnaik.

Setakat ini, 49 orang disahkan terkorban dalam kejadian berkenaan, manala berpuluh-puluh lagi cedera termasuk kanak-kanak.
Ini termasuk dua rakyat Malaysia yang kini dirawat di hospital.

Setakat ini, seorang suspek insiden kes itu telah didakwa di mahkamah.
Manakala dua lagi suspek dilaporkan turut dalam tahanan polis.
Pihak berkuasa New Zealand turut tubuhkan sebuah laman web khas bagi membantu orang ramai mencari waris mereka yang hilang ekoran insiden itu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca