← Back to list
11 Lagi Kamera AES Dipasang di Lebuh Raya PLUS
Apr 28, 2019
11 Lagi Kamera AES Dipasang di Lebuh Raya PLUS

11 lagi kamera AES akan dipasang di Lebuh Raya Utara Selatan, menjadikan jumlahnya nanti 30.
PLUS memaklumkan, kos ditanggung pihaknya dan ia bertujuan tambah baik tahap keselamatan lebuh rayanya yang mampu mengekang pemanduan melebihi had laju.
Namun lokasi kamera berkenaan belum dimuktamadkan dan perbincangan sedang dilakukan dengan JPJ.
APM Tubuh Pasukan Penyelamat Pantai
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tubuh 49 Pasukan Penyelamat Pantai atau 'Lifeguard' di seluruh negara bagi menjaga keselamatan orang awam ketika melakukan aktiviti air.
Langkawi dan Port Dickson antara lokasi yang miliki paling ramai anggota kerana ia tumpuan pelancong sepanjang masa.
'One Two Jaga' Terus Dapat Pengiktirafan

Selepas raih kemenangan besar dalam Festival Filem Malaysia, FFM30, 'Crossroad: One Two Jaga' catat kejayaan di peringkat ASEAN pula.
Filem arahan Nam Ron itu menang anugerah Pengarah Terbaik Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) malam tadi.
Satu lagi anugerah digondol oleh Amerul Affendi menerusi kategori Pelakon Pembantu Terbaik.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca