← Back to list
Kerajaan Kaji Semula Kemasukan Pelajar Ke IPT
Apr 29, 2019
Menurut media Cina tempatan, Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula jumlah kemasukan pelajar ke Universiti Awam dalam masa terdekat.

Ini selepas terdapat pihak bimbang peluang pelajar lepasan STPM belajar di IPT awam tipis, kerana jumlah kemasukan pelajar ke Matrikulasi ditambah.
Terdahulu, kerajaan bersetuju menambah bilangan kemasukan pelajar ke Matrikulasi kepada 40,000 tempat, berbanding 25,000 tempat sebelum ini.
Datuk Lokman Adam Mungkin Dipanggil
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam mungkin akan dipanggil polis untuk beri keterangan berhubung isu penganjuran sebuah program

Program itu tular sejak kelmarin, dan dipromosikan sebagai 'Santai Teh Tarik 4 Putera Mahkota'.
Datuk Lokman mendakwa dia cuma bantu menyebarkan poster program itu, melalui media sosial.
Mahkamah Tolak Permohonan Datuk Seri Najib
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ketepikan tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International berjumlah 42 juta ringgit.

Hakim bersetuju bahawa alasan pertuduhan terbabit cacat, adalah tidak berasas.
Setakat ini, perbicaraan babitkan bekas perdana menteri itu berlangsung selama sembilan hari dan 21 saksi telah memberi keterangan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca