← Back to list
Pawagam Di Sarawak Bakal Dilengkapi Kamera Anti Rakaman
Apr 30, 2019
Sembilan pengusaha panggung wayang di Sarawak akan memasang kamera anti rakaman di pawagam masing-masing.

Menurut kerajaan negeri, ia dibuat bagi memudahkan pemeriksaan terhadap penonton yang cuba memuat naik rakaman secara langsung menerusi laman sosial.
Pihaknya turut mengadakan pemeriksaan mengejut di semua pawagam di Sarawak bagi membanteras kesalahan itu.
Bekas Pegawai Khas Menteri Direman SPRM
Seorang bekas pegawai khas menteri di bawah kerajaan BN direman tiga hari dipercayai terlibat dalam kes penyelewangan bernilai 1.8 juta ringgit.
Dia ditahan selepas beri keterangan di SPRM tengah hari semalam.

Siasatan awal mendapati, suspek menerima suapan berkaitan pembekalan peralatan pesawat daripada beberapa syarikat kontraktor.
Polis Kelantan Buat Pemantauan Di Semua Rumah Ibadat
Polis Kelantan buat pemantauan di semua rumah ibadat di negeri berkenaan.

Ia berikutan arahan Bukit Aman untuk mengambil langkah proaktif, susulan serangan keganasan di Sri Lanka dan New Zealand
Namun, setakat ini keadaan terkawal.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca