← Back to list
Rapid Rail mohon maaf, antara rangkuman berita utama
May 04, 2019

Foto - SelangorKini
Radiasi selular atau frekuensi 5G adalah selamat kepada kesihatan seseorang termasuk kanak-kanak.
Jelas SKMM, cerita kononnya 5G boleh sebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk barah, adalah mengarut.

Foto - YADIM
LHDN akan tutup operasi harian semua pejabatnya 30 minit lebih awal sepanjang bulan Ramadan ini.
Perubahan waktu operasi itu bagaimanapun katanya tidak meliputi kaunter perkhidmatan LHDN di UTC.

Foto - KPDNHEP
Program Food Bank Malaysia akan diperluaskan dengan menjadikan bazar Ramadan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran makanan untuk diserahkan ke kampus, surau atau masjid.
Projek rintis itu akan dilaksanakan di sekitar Lembah Klang bagi mengelak pembaziran makanan yang seringkali berlaku pada bulan berkenaan.

Foto - New Straits Times
Rapid Rail Sdn Bhd memohon maaf kepada semua pengguna perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang atas kelewatan jadual perjalanan, semalam.
Katanya, masalah tekanan pada sistem brek sebuah tren di Stesen Bandar Tun Hussein Onn jadi punca gangguan.

Foto - Daily Express
Cuaca panas dijangka berlanjutan sehingga pertengahan September depan ekoran monsun barat daya.
Menurut Jabatan Meteorologi, sepanjang tempoh itu taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata kecuali Melaka, Johor dan Sabah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca