← Back to list
NUTP tidak setuju cadangan kerajaan kaji semula dasar PPSMI.
Jul 17, 2019
Presiden NUTP tidak setuju dengan cadangan kerajaan untuk kaji semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris, PPSMI.

Bagaimanapun, Encik Aminuddin Awang setuju tahap penguasaan BI dalam kalangan murid dipertingkatkan menggunakan kaedah lebih komprehensif.
Kementerian Pendidikan kini sedang kaji dasar berkenaan yang dijangka turut melibatkan kemudahan dan penggunaan IT.
Belia berumur 21 tahun yang belum daftar undi akan didaftarkan secara automatik.
Pendaftaran automatik pengundi sebaik mencecah usia 18 tahun akan turut meliputi belia berumur 21 tahun yang masih belum mendaftar.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu akan jadi keutamaan SPR susulan penguatkuasaan pendaftaran pemilih secara automatik nanti.
Dewan Rakyat semalam meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan menurunkan had umur pengundi kepada 18 tahun.
Polis siasat video buli di Miri, Sarawak.
Polis Miri sedang jalankan siasatan terperinci ekoran satu rakaman video buli seorang pelajar dipukul 5 pelajar lain yang viral di media sosial.

Jelasnya, kejadian itu dipercayai berlaku pada 8 Julai lalu dan laporan polis dibuat oleh bapa kepada salah seorang suspek.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca