← Back to list
Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih tema Hari Kebangsaan 2019
Jul 24, 2019
Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih tema Hari Kebangsaan 2019

Foto - Malaysia Merdeka
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini ialah 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih'.
Kerajaan juga memutuskan untuk mengekalkan logo rasmi tahun lepas sebagai logo rasmi sambutan tahun ini.
Lagu 'Malaysia Bersih' akan menjadi lagu utama sambutan manakala acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya.
-----
Prosiding inkues Muhammad Adib Kassim ditutup

Foto - Kosmo!
Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Kassim ditutup hari ini selepas tiada lagi saksi dipanggil untuk beri keterangan.
Hakim turut membenarkan pihak berkepentingan untuk mengemukakan hujahan bertulis, yang perlu dikemukakan sebelum atau pada 21 Ogos depan.
Mahkamah koroner bagaimanapun belum menetapkan tarikh untuk keputusan inkues berkenaan.
-----
Talian percuma Befrienders bermula 1 Ogos

Foto - Kosmo!
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dengan kerjasama lapan syarikat telekomunikasi tawar panggilan secara percuma untuk talian Befrienders bermula 1 Ogos ini.
Ia sebagai menyokong usaha kerajaan bagi meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab orang ramai dalam menangani isu kesihatan dan kestabilan emosi.
Befrienders merupakan pusat sokongan emosi kepada individu yang mempunyai masalah emosi yang serius.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca