← Back to list
UKM terus pantau pesalah pedofilia
Aug 31, 2019
UKM terus pantau pesalah pedofilia

Foto - Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus memantau genius matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin yang melanjutkan pengajian di universiti itu.
Ini termasuklah menjalankan kaunseling individu bagi memahami isu serta membantu Nur Fitri memperbaiki diri dari aspek kesejahteraan psikologi.
Nur Fitri pernah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan di London kerana memiliki lebih 30 ribu imej dan video lucah kanak-kanak pada 2015.
-----
Tragedi Sungai Lembing, seorang disahkan terbunuh setakat ini

Foto - Berita Harian
Bomba sahkan, seorang mangsa ditemui rentung dalam kebakaran yang berlaku di pekan Sungai Lembing, Pahang awal pagi tadi.
Kebakaran besar itu dilapor memusnahkan 11 rumah kongsi setingkat, 19 rumah kedai dua tingkat dan sebuah perpustakaan awam.
Menurut bomba, kebakaran dikawal sepenuhnya jam 3.55 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.
-----
69 selebriti kurang berkemampuan mohon bantuan rumah kerajaan

Foto - Berita Harian
Kerajaan menerima 69 permohonan daripada golongan selebriti kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri menerusi Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Harapan.
Namun, jelas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, masing-masing tetap perlu melepasi saringan seperti pemohon lain terutama di bawah syarat belum mempunyai kediaman.
Katanya, artis yang dicadangkan untuk mendapat insentif perumahan itu adalah rujukan FINAS, Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air dan persatuan lain yang sememangnya layak memohon.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca