← Back to list
Jerebu di Sri Aman kembali cecah paras bahaya.
Sep 20, 2019
Jerebu menyebabkan lebih 2,600 sekolah di Selangor, Putrajaya, KL, Pulau Pinang dan Sarawak masih ditutup hari ini.
Hampir separuh daripadanya melibatkan sekolah di 20 daerah di Sarawak.
Di Sri Aman, IPU kawasan itu terus meningkat dan terkini ia berada di tahap bahaya iaitu 420!
3 lagi kawasan di Sarawak catat bacaan udara sangat tidak sihat, manakala 22 kawasan, kesemuanya di Semenanjung catat IPU tidak sihat.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan agar terus ambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.
Ini kerana menurut Kementerian Kesihatan, penyakit berkaitan jerebu seperti asma dan konjuntivitis naik hampir 16 dan 25 peratus dalam tempoh seminggu ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca