← Back to list
Bekalan Air Di Lembah Klang Dijangka Pulih Tengah Malam Ini
Dec 23, 2019
Pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air di Lembah Kelang dijangka menerima semula bekalan air menjelang tengah malam ini.

Menurut Menteri Besar Selangor, sebanyak 24 juta liter air sehari akan dipam menggunakan mesin bagi memastikan tahap pencemaran bau boleh dicairkan ke tahap sifar.
Tambah, Datuk Seri Amirudin Shari, pengguna yang mula mendapat bekalan air supaya jangan panik dengan menyimpan air kerana tindakan ini akan mengganggu paras air di empangan.
Peniaga Berniaga Ketika Banjir Boleh Kena Saman!
Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha premis makanan yang masih beroperasi meskipun dinaiki air.

Ini kerana katanya, air banjir adalah kotor serta mengandungi pelbagai jenis bakteria yang berisiko mencemari makanan.
Media terdahulu melaporkan, beberapa premis makanan di Pekan Rantau Panjang, Kelantan tetap beroperasi walaupun banjir dan dipenuhi pengunjung.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca