← Back to list
Abam Bocey meninggal dunia.
Feb 10, 2020
Pelawak, Abam Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor pagi tadi pada usia 32 tahun.
Berita dukacita itu disahkan isteri Allahyarham dan adiknya Ali Puteh.

Difahamkan, Allahyarham Abam demam dan mengadu sakit kepala sejak beberapa hari lalu tapi enggan mendapatkan rawatan di hospital.
Abam meninggalkan seorang isteri dan seorang cahaya mata lelaki.
Jumlah kes jangkitan koronavirus di Malaysia meningkat kepada 18!
Kes terbaru melibatkan seorang lelaki tempatan yang pernah melawat Tanah Besar China sebelum balik ke Malaysia, 1 Feb lalu.

Pesakit kini dirawat di wad isolasi Hosiptal Sungai Buloh.
Jabatan Perdana Menteri akan teliti isu Sajat berpakaian wanita semasa tunai umrah baru-baru ini.
Jelasnya, sebarang tindakan yang dilakukan akan ambil kira beberapa elemen termasuk kerisauan masyarakat dan mengikut syariat yang betul.

Usahawan kosmetik itu cetus kontroversi apabila muat naik gambar di media sosial dia mengerjakan umrah dengan berpakaian wanita termasuk bertelekung.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca