← Back to list
Cuti panjang cikgu dah habis?
Jun 04, 2020
Cuti panjang cikgu dah habis?

Foto - New Straits Times
Semua guru dikehendaki berada di kawasan bertugas masing-masing dan bersedia untuk ke sekolah selepas tamat cuti pertengahan tahun, awal bulan ini.
Berdasarkan surat pemakluman, guru di sekolah dalam negeri Kumpulan A perlu berada di tempat bertugas pada Ahad ini, manakala bagi sekolah dalam Kumpulan B pada 8 Jun ini.
Kementerian Pendidikan mengesahkan surat arahan bertarikh 4 Jun yang tular di media sosial itu adalah benar.
-----
Penularan COVID-19 warga tempatan capai angka satu digit

Foto - The Star
Penularan wabak COVID-19 dalam kalangan warga tempatan kini mencapai angka satu digit dan tiada peningkatan mendadak dilaporkan walaupun 277 kes dilaporkan hari ini.
Hanya empat kes membabitkan warganegara tempatan manakala 270 terdiri daripada PATI di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil, dua kes import dan satu dari kluster tapak pembinaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 28 kes pulih dicatatkan hari ini dan tiada kematian terbaru direkodkan dengan jumlah korban keseluruhan kekal 115.
-----
Sarawak benarkan kedai gunting rambut beroperasi

Foto - Pinterest
Sarawak benarkan kedai gunting rambut dan salun rambut beroperasi mulai Selasa depan namun terhad kepada perkhidmatan menggunting rambut sahaja.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, prosedur operasi standard (SOP) kedai gunting rambut itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.
Pemilik kedai harus meminimumkan jarak, tukang gunting harus mengutamakan kesihatan dan memakai pelitup muka serta elakkan batuk atau bersin.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca