← Back to list
Pengumuman SOP baru PKP Isnin ini
Jan 08, 2021
Pengumuman SOP baru PKP Isnin ini

Foto - Bernama
Kerajaan sedang meperhalusi dan menilai tindakan-tindakan yang perlu diambil segera bagi mengawal penularan wabak COVID-19.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuklah mempertimbangkan SOP yang lebih ketat terutama melibatkan sektor sosial.
Tambahnya, satu pengumuman akan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Isnin ini bagi memaklumkan tindakan yang akan diambil.
-----
Vaksin Pfizer lulus pendaftaran KKM

Foto - Bernama
Vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer lulus pendaftaran Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengesahkan perkara itu rakaman rancangan temu bual, Consider This di Astro AWANI, hari ini.
Namun menurut Khairy, pendaftaran tersebut masih lagi tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu dirujuk kepada Pfizer dari segi maklumat.
-----
Pelepasan air empangan di Perak ikut SOP

Foto - Tenaga Nasional Berhad
TNB berkata, pelepasan air di tiga empangan di Perak yang merupakan stesen janaelektrik Sungai Perak dibuat mengikut prosedur demi keselamatan orang ramai.
Katanya, pelepasan air Empangan Bersia dan Empangan Kenering di Gerik serta Empangan Chenderoh, Kuala Kangsar itu dilakukan berikutan kenaikan air susulan hujan berterusan di kawasan tadahan.
Malah, pihaknya bekerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi berkaitan untuk memastikan proses pelepasan air secara terkawal.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca