← Back to list
Kedai makan, restoran boleh beroperasi hingga 10 malam
Jan 21, 2021
Kedai makan, restoran boleh beroperasi hingga 10 malam

Foto - Bernama
Selepas membuat penilaian risiko, kerajaan hari ini turut bersetuju melanjutkan tempoh operasi kedai makan dan restoran sehingga pukul 10 malam sepanjang tempoh PKP mulai esok.
Namun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya masih kekal dengan keputusan pelanggan tidak dibenarkan makan dalam premis, sebaliknya hanya boleh membungkus makanan.
Serentak dengan pelanjutan waktu operasi kedai makan dan restoran itu, perkhidmatan penghantar makanan juga boleh terus beroperasi hingga 10 malam.
-----
PKP enam negeri, tiga WP dilanjutkan

Foto - Bernama
PKP di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah yang sepatutnya berakhir 26 Januari ini dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanjutan itu bagi menyelaraskan tarikh PKP dengan enam negeri lain yang diumum kemudian, baru-bari ini.
Dalam pada itu, PKPD Asrama Westlite Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru ditamatkan esok seperti dijadualkan namun masih tertakluk di bawah PKP seluruh negeri Johor.
-----
Kes baru positif COVID-19 masih tinggi

Foto - Neuroscience News
Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 3,170 kes baru positif COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 12 kematian terbaru direkodkan.
Kuala Lumpur mencatat jumlah jangkitan tertinggi dengan 576 kes diikuti Selangor (545), Johor (423) dan Sabah (401).
Sarawak pula mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt tertinggi pada 1.50, Perlis 1.43 manakala Melaka dan Terengganu 1.34.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca