← Back to list
Skim Perlindungan Pampasan Penerima Vaksin Covid-19 Diputuskan Esok.
Mar 11, 2021
Pelaksanaan Skim Perlindungan Pampasan kepada penerima vaksin COVID-19 yang alami kesan sampingan serius akan diputuskan esok.
Namun menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini tiada laporan mengenai kesan sampingan teruk diterima yang menyebabkan penerima vaksin perlu mendapatkan rawatan.

Sementara itu, lebih 220,000 penduduk di Malaysia sudah terima vaksin Covid-19.
Sarawak mencatatkan penerima terbanyak dengan lebih 28,000 orang diikuti Selangor dan KL
Rancang pengeluaran i-Sinar sebaiknya.
Ahli KWSP tidak perlu tergesa-gesa membuat permohonan pengeluaran di bawah kemudahan i-Sinar.

Ini kerana tempoh diberi ialah sehingga 30 Jun 2021 jadi rancanglah dengan teliti pengeluaran anda.
Beberapa kawasan di Kedah dan Perak catat gelombang haba tahap berjaga-jaga.
6 kawasan di Perak dan Kedah merekodkan gelombang haba pada tahap berjaga-jaga.
Jabatan Meteorologi berkata suhu harian diramal cecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya untuk 3 hari berturut-turut.

Kawasan terbabit ialah Baling dan Kuala Muda di Kedah dan Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak di Perak.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca