Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Malaysia, Indonesia & Brunei Kecam Israel

May 16, 2021


Malaysia, Indonesia & Brunei Kecam Israel

Serangan yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas Palestin jelas menyalahi undang-undang antarabangsa.

Justeru tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ia harus dicela oleh dunia.

Beliau turut meluahkan kekesalan dengan ketidakmampuan Majlis Keselamatan PBB menghentikan keganasan Israel.

Bagaimanapun Malaysia akan terus menyeru komuniti antarabangsa untuk mendesak Israel menghentikan keganasan ke atas Palestin.

Turut bersama Malaysia mengecam keganasan Israel ke atas Palestin ialah Indonesia dan Brunei.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, gabungan 3 negara ini mewakili suara kira-kira 250 juta umat Islam di rantau Asia Tenggara.

Datuk Seri Hishammuddin turut memaklumkan OIC akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan konflik tersebut.

Beliau juga akan menyuarakan gesaan Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan berusaha sedaya upaya demi melindungi rakyat Palestin.

 

 

Pendaftaran Semula Tak Lama Lagi

Pendaftaran secara sukarela bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca akan dibuka tidak lama lagi.

Ujar Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sejuta lagi bekalan vaksin jenis itu akan tiba bulan ini.

Menurut Khairy Jamaluddin lagi, pengumuman lanjut akan dibuat pada minggu depan.

Beliau turut menasihatkan mereka yang mempunyai temu janji bagi mendapatkan vaksin agar tiba 15 hingga 30 minit lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Mereka yang tidak mempunyai temu janji pula diminta tidak datang bagi mencuba nasib kerana ia akan menyebabkan kesesakan.

 

 

COVID-19: Kes Kematian Tertinggi

Malaysia mencatatkan kematian harian tertinggi akibat COVID-19 semalam iaitu 44 orang.

Kes jangkitan baru pula ialah 4,140 dan Selangor kekal merekodkan angka tertinggi iaitu 1,507.

Ia diikuti Johor sebanyak 433 kes, Kuala Lumpur 398, dan Pulau Pinang 338.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us