← Back to list
Tidak Kemaskini MySejahtera Bukan Satu Kesalahan.
Jun 08, 2021

Kegagalan untuk mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera bukanlah satu kesalahan.
Justeru, jelas Menteri Kanan Keselamatan, mana-mana kompaun yang sudah dikeluarkan atas tindakan tidak mengemaskini aplikasi itu perlulah dibatalkan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun galakkan rakyat untuk kemas kini aplikasi tersebut untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19.
Terdahulu, kira-kira 30 pekerja dilapor dikompaun kerana tidak kemas kini status kesihatan di aplikasi MySejahtera ketika memasuki tempat kerja.
Semua produk di kedai runcit dan serbaneka boleh dijual sepanjang PKP.
MKN memberitahu Sin Chew Daily, penjelasan lanjut mengenainya akan dibuat nanti.
Pihaknya juga memaklumkan, kedai yang didenda kerana gagal mengasingkan kawasan menjual barangan bukan keperluan akan disemak mengikut kes.
Pengguna media sosial baru-baru ini mempertikaikan mengapa kedai terbabit tidak dibenarkan menjual barangan selain makanan dan minuman, misalnya pencuci dan alat tulis.
Kes baru Covid-19 di Selangor turun di bawah angka 2,000.
82 lagi pesakit meninggal dunia akibat COVID-19 di seluruh negara menjadikan jumlah yang terkorban mencecah 3,460.
Bagaimanapun buat pertama kalinya semalam Malaysia mencatatkan kes harian kurang daripada 6,000 dalam tempoh seminggu ini iaitu 5,271.
Ia dibantu oleh penurunan ketara kes baru di Selangor iaitu 1,374 berbanding angka kes kelmarin yang melebihi 2,000 di negeri itu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca