Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Penularan Covid-19 Di Malaysia Semakin Pulih.

Oct 12, 2021


penularan covid-19 di malaysia semakin pulih.

Penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia semakin pulih.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, ia boleh dilihat menerusi penurunan kes harian, kes aktif, kematian, kes di ICU dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Perkembangan positif itu menunjukkan kesediaan negara untuk memasuki fasa endemik.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun ingatkan orang ramai agar terus patuh SOP dan tingkatkan kawalan kendiri.

Walaupun kes harian semakin menurun, semua pihak perlu ambil pengajaran daripada kenaikan mendadak kes Covid-19 sebelum ini.

 

Individu tak lengkap vaksin diarah patah balik.

Seorang pemandu bersama keluarganya diarah berpatah balik di sekatan jalan raya Bukit Yong pada hari pertama sempadan negeri dibuka semalam.

Polis Kelantan berkata mereka didapati cuba merentas negeri walaupun belum melengkapkan vaksinasi Covid-19.

Bukit Aman sebelum ini beri peringatan bahawa individu belum lengkap divaksin yang cuba rentas negeri berdepan tindakan tegas!

Jelasnya, tiada lagi amaran, sebaliknya mereka yang gagal patuhi arahan tersebut akan terus dikompaun.

Polis juga akan menjalankan pemantauan di lokasi tumpuan orang ramai seperti kawasan RnR dan pusat beli-belah.

 

Hampir 1,000 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air esok.

Hampir 1,000 kawasan sekitar Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air bermula esok.

Menurut Air Selangor ia susulan kerja penyelenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah kerja penyelenggaraan selesai.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca