← Back to list
Terus Patuh SOP - PM
Nov 14, 2021

Terus patuh SOP dan jangan pandang mudah dengan ancaman COVID-19.
Jelas Perdana Menteri, pandemik COVID-19 akan terus membelenggu dan menyekat kebebasan jika orang ramai lalai dalam pematuhan SOP.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengajak semua pihak menyemai semangat Keluarga Malaysia supaya perpaduan dalam kalangan masyarakat terus kukuh.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Deepavali, semalam.
Isu kenaikan harga ayam akan selesai 2 minggu lagi.
Kerajaan beri jaminan isu kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam di pasaran akan diselesaikan dalam tempoh 2 minggu akan datang.
Satu mesyuarat telah diadakan dan antara penyelesaian yang dibincangkan adalah mengimport bekalan ayam dari luar negara bagi atasi kekurangan bekalan di pasaran.
Sebuah tapak pesta ria di Kajang diarah tutup serta-merta.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor arahkan tapak pesta ria di Kajang ditutup serta-merta.
Ia bagi menjalankan siasatan susulan kematian seorang lelaki dipercayai terjatuh dari buaian berpusing, baru-baru ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca