← Back to list
Hujan Dan Ribut Petir Diramal Berlaku Hingga 6 Februari.
Jan 31, 2022

Hujan Dan Ribut Petir Diramal Berlaku Hingga 6 Februari.
Angin kencang di timur Sabah dan Pantai Timur Semenanjung dijangka berterusan hingga Ahad depan.
Manakala ribut petir dijangka melanda kawasan Barat Sabah dan Sarawak, Kedah, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta pedalaman Pahang.
Menurut Met Malaysia, hujan diramal berlaku pada petang hingga awal malam melibatkan kesemua kawasan berkenaan.
Beberapa rumah rosak dan pokok tumbang akibat ribut di Ipoh.
Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas, Ipoh dilanda ribut dan puting beliung petang semalam.
Menurut Bomba Perak, insiden itu mengakibatkan beberapa rumah rosak dan pokok tumbang.
Namun, tiada kecederaan dilaporkan.
2.57 juta pengundi layak mengundi pada PRN Johor nanti.
Menurut SPR, peningkatan kira-kira 28 peratus itu adalah berikutan penambahan hampir 750 ribu pengundi berusia 18 tahun ke atas, susulan pelaksanaan Undi18.
Pengundi boleh buat semakan awal antaranya melalui portal SPR atau aplikasi MySPR Semak.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca