← Back to list
MOSTI lancar STEM Camp
Feb 27, 2024
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) lancar STEM Camp. 
Ia merupakan aktiviti pembelajaran secara tidak formal di luar bilik darjah bagi memupuk minat pelajar terhadap sains. 
Ia sekali gus bagi atasi masalah kurang daripada 50 peratus pelajar di negara ini pilih aliran sains terutamanya di peringkat pengajian tinggi. 
--- 
Pihak berkuasa akan ambil tindakan tegas terhadap syarikat pembinaan selaku majikan yang abai pekerja asing termasuk aspek penginapan. 
Majikan yang gagal bayar gaji pekerja juga akan turut disenaraihitam. 
Penegasan itu dikeluarkan dalam kenyataan bersama 2 kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia.  
Baru-baru ini kira-kira 100 pekerja warga Bangladesh dilapor dibiarkan terkontang-kanting di Cheras, Kuala Lumpur lebih 3 bulan selepas gagal dapat kerja yang dijanjikan. 
--- 
Malaysia berada di tempat pertama dalam Skor Konsistensi 5G global!  
Menurut sebuah firma pemantauan rangkaian antarabangsa, skor konsistensi Malaysia ketika ini melebihi 97 peratus.  
Ia dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang kini menghadiri Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona. 
             
            
              Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
              
              
                
                  
Isnin - Khamis
                
                
                7:00am, 8:00am, 9:00am
                  12:00pm, 6:00pm
                
                
                  
Jumaat - Sabtu
                
                
                10:00am
                  12:00pm, 1:00pm
                
                
                  
Ahad
                
                
                7:00am. 8:00am, 11:00am
                  1:00pm
               
               
              
              Cuaca