← Back to list
Tiada Tolak Ansur Kesalahan Seksual - KPM 
Mar 25, 2024
Tiada Tolak Ansur Kesalahan Seksual - KPM 
Kementerian Pendidikan tidak akan bertolak ansur terhadap kesalahan seksual di semua institusi pendidikan di bawah seliaannya.
Pihaknya sedia beri kerjasama penuh kepada polis berhubung siasatan ke atas seorang guru wanita yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun.
KPM turut menyeru semua pihak agar melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil.
__
Peralihan Monsun Dijangka Bermula 29 Mac 
Fasa peralihan monsun akan bermula Jumaat ini sekaligus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula November lepas. 
MET Malaysia berkata cuaca panas dan kering yang melanda kebanyakan tempat di Malaysia akan beransur pulih menjelang pertengahan bulan depan.
__
Pendaftaran PADU Meningkat Mendadak
Jumlah individu kemas kini data dalam sistem PADU meningkat menjelang tarikh akhir pendaftarannya hujung bulan ini.
Lebih 7.7 juta rakyat telah mengemaskini maklumat dalam sistem tersebut setakat tengah malam tadi berbanding kira-kira 5.4 juta rakyat sebelum ini.
             
            
              Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
              
              
                
                  
Isnin - Khamis
                
                
                7:00am, 8:00am, 9:00am
                  12:00pm, 6:00pm
                
                
                  
Jumaat - Sabtu
                
                
                10:00am
                  12:00pm, 1:00pm
                
                
                  
Ahad
                
                
                7:00am. 8:00am, 11:00am
                  1:00pm
               
               
              
              Cuaca