← Back to list
Kerajaan luluskan pemberian vaksin D-TaP kepada ibu hamil
May 14, 2024
Kerajaan luluskan pemberian vaksin D-TaP kepada ibu hamil menjelang akhir tahun ini.
KKM berkata vaksin itu bertujuan melindungi bayi baharu lahir daripada jangkitan penyakit batuk kokol.
Tambahnya vaksin ini akan diberikan secara percuma di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.
.....
DBKL diminta ambil langkah segera tebang pokok-pokok berisiko tinggi susulan kejadian pokok tumbang di ibu kota.
Ini selepas 10 kenderaan rosak termasuk sebuah kereta polis ekoran insiden pokok tumbang di dua lokasi berbeza di KL semalam.
Minggu lalu, insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail mengakibatkan seorang maut.
.....
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa mahu DBKL perincikan program penanaman semula pokok bagi menggantikan pokok yang ditebang.
.....
7 kawasan di Lembah Klang dijangka alami gangguan bekalan air berjadual sementara mulai 5 hingga 7 Jun nanti.
Air Selangor berkata kawasan yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam.
.....
Kerajaan giatkan usaha merancakkan industri penjagaan golongan berkeperluan sebagai kerjaya profesional dalam menghadapi cabaran Negara Menua menjelang 2030.
.....
Dan Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk jadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca