← Back to list
Projek Pelebaran PLUS laluan Kulai ke Sedenak Ikut Jadual
Jul 04, 2025

Foto - PLUS
Projek pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara-Selatan laluan Kulai ke Sedenak yang bermula sejak Julai 2024 berjalan lancar mengikut jadual selain kerja-kerja awalan bagi laluan Kulai ke Senai Utara juga telah bermula.
Malah, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini memaklumkan, kerja-kerja pembinaan bagi laluan Sedenak ke Simpang Renggam pula dijangka bermula pada 28 Julai 2025.

Foto - PLUS
Semasa kerja-kerja awalan di laluan ini dijalankan, ia tidak akan mengganggu aliran trafik kerana dua lorong sedia ada di kedua-dua hala lebuh raya terbabit masih kekal dibuka kepada semua kenderaan.
PLUS menyarankan pengguna lebuh raya untuk memandu dengan berhati-hati selain mematuhi sebarang arahan pengurusan trafik di lokasi terbabit.

Foto - PLUS
Projek pembinaan lorong tambahan daripada dua lorong kepada tiga lorong ini dilaksanakan secara berfasa bermula dengan Fasa Satu (Senai Utara ke Sedenak) disusuli dengan Fasa Dua (Sedenak ke Simpang Renggam) dan Fasa Tiga (Simpang Renggam ke Machap).
Kerja-kerja pembinaan bagi Fasa Dua melibatkan laluan sepanjang 17 kilometer antara Sedenak ke Simpang Renggam dengan tempoh pelaksanaan selama 36 bulan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca