Destinasi Nasyid Anda
← Back to list
Oct 18, 2024
Antara inti pati penting & menarik dalam Belanjawan 2025:
Kadar gaji minimum di negara ini akan dinaikkan kepada RM1,700 bermula Februari tahun depan
Majikan yang melaksanakan aturan kerja fleksibel akan dapat potongan cukai tambahan 50 peratus ke atas kos pembangunan kapasiti dan perolehan perisian
Kerajaan rancang laksana penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan
Kerajaan akan menambahbaik Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang mana cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan rakyat
Tahun depan, 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan terima bantuan SARA RM100 sebulan
Bantuan SARA juga akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk beli barangan asas di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara
STR 2024 Fasa 4 akan disalur kepada penerima bermula 7 November nanti
Kadar bantuan kebajikan bulanan JKM kepada rakyat miskin akan dinaikkan
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran bagi SBP dan IPTA kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas
Semua UTC akan dibekalkan dengan Sistem Penggiliran (QMS) supaya rakyat dapat nombor giliran secara dalam talian
Ruang & bangunan kosong milik agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dimanfaatkan untuk tujuan prasekolah,taska dan pusat latihan kemahiran
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut: