← Back to list
Lapor Kepada KPDN, Bukan Viralkannya
Oct 29, 2024
Lapor Kepada KPDN, Bukan Viralkannya
Salurkan terus aduan kepada pihak KPDN.
Itu nasihat KPDN Pulau Pinang kepada pengguna dalam memastikan tindakan penguatkuasaan boleh diambil serta-merta terhadap peniaga yang terlibat dalam salah laku.
Jelasnya, perbuatan menularkan salah laku itu di media sosial sebenarnya beri masa kepada peniaga untuk sembunyikan kesalahan sebelum penguatkuasa jalankan pemantauan.
KPDN dalam pada itu sudah memulakan pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali melibatkan 8 barangan antaranya cili merah dan kelapa
Kerajaan akan gubal akta baru berkaitan pekerja sektor gig
Akta baru berkaitan pekerja sektor gig akan digubal.
Timbalan Perdana Menteri berkata pembentangan rang undang-undang berkenaan dijangka dibuat pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.
Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akta ini akan beri perlindungan sosial kepada lebih 1 juta pekerja gig di negara ini.
Langkah itu juga katanya menjadikan Malaysia antara negara terawal menggubal perundangan khusus babitkan pekerja sektor itu.
Beri kerjasama ketika laluan smart lane diaktifkan
Semua pengguna lebuh raya digesa untuk beri kerjasama sepenuhnya ketika laluan 'Smart Lane' diaktifkan di lebuh raya sepanjang musim cuti perayaan Deepavali ini.
Kementerian Kerja Raya berkata PLUS akan mengaktifkan lorong Smart Lane di 21 lokasi kritikal mulai esok.
Tambahnya, berdasarkan kajian oleh MIROS sempena musim perayaan yang lalu, lebih 70 peratus pengguna Smart Lane setuju ia membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Inistiatif tersebut katanya boleh menyumbang kepada aliran trafik yang lebih lancar dan penjimatan masa.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca