← Back to list
Pelajar Universiti Perlu Tingkat Kesedaran Gangguan Seksual
Nov 13, 2024
Pelajar universiti perlu tingkatkan kesedaran mengenai gangguan seksual kerana mereka adalah golongan berisiko.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya komited untuk sebarkan kesedaran mengenai gangguan berkenaan untuk elak perkara itu dinormalisasikan.
Tambahnya kempen kesedaran itu juga bagi menggalakkan mangsa untuk tampil dan membuat laporan sebagai salah satu langkah menghentikan gejala berkenaan.
.....
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan Tinggi seru warga IPT untuk berani tampil melaporkan kes buli.
Pihaknya berkata usaha itu akan memastikan insiden buli babitkan pelajar IPT tidak berulang dan korbankan lebih ramai mangsa.
KPT berkata demikian berhubung kes buli yang libatkan penuntut di UPNM dan pihaknya akan adakan perbincangan bersama Kementerian Pertahanan untuk kaji semula dasar sedia ada.
.....
Sementara itu, Kementerian Pertahanan beri amaran kepada mana-mana pelajar yang terlibat dengan kes buli berdepan risiko dibuang daripada UPNM.
Pihaknya tidak akan bertoleransi dengan perkara seumpama itu dan pelajar yang dibuang perlu membayar semula tajaan dan elaun yang telah diterima.
Baru-baru ini seorang pelajar alami retak tulang rusuk dan tulang belakang dipercayai dipijak oleh pelajar senior di universiti berkenaan.
.....
Kementerian Kesihatan maklumkan fasiliti kesihatan swasta wajib memaparkan harga ubat bermula tahun depan supaya harga ubat tidak dinaikkan sesuka hati.
.....
Polis Perak minta bantuan saksi kemalangan sebuah lori tangki yang terbabas di Lebuhraya Utara Selatan antara Gopeng dan Tapah semalam tampil untuk membantu siasatan.
.....
Suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut dalam kejadian di Pulau Pinang akan didakwa di Mahkamah hari ini.
.....
Perdana Menteri berkata Malaysia akan terus komited untuk berikan bantuan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel.
Bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme penyaluran bantuan berkenaan akan diteliti semula bagi memastikan ianya lebih berkesan.
.....
Dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun ketika menerima rawatan di hospital.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca