← Back to list
Gelombang Banjir Monsun Timur Laut Melanda Terengganu
Nov 20, 2024
Kira-kira 1,800 mangsa banjir direkodkan di Terengganu ketika ini.
Lebih 15 PPS dibuka di 5 daerah dengan Kemaman mencatatkan bilangan mangsa tertinggi setakat ini.
Sementara itu, Met Malaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Terengganu, Kelantan dan Pahang sehingga Sabtu ini.
.....
Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor tidak akan menaikkan harga makanan di restoran mereka seperti yang diumumkan sebelum ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu dinyatakan dalam pertemuan yang diadakan minggu lepas.
.....
Kementerian Kesihatan sedang rangka aplikasi mudah alih super yang akan uruskan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans.
Pihaknya berkata inisiatif itu bagi memperkasakan dan tambah baik aspek pendigitalan dalam sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.
.....
Dalam pada itu, KKM berkata Kerajaan Persekutuan kekalkan pendirian untuk tidak haramkan vape dan amalkan pendekatan kawal selia.
Bagaimanapun, kerajaan negeri diberi ruang untuk menentukan dasar masing-masing termasuk melarang penjualan vape.
.....
Dan kira-kira 150 guru sekolah agama di Pulau Pinang akan terima elaun tambahan RM500 bermula tahun hadapan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca