← Back to list
Permohonan Permit Konsert Di Selangor Ditangguhkan
Jan 03, 2025
Permohonan Permit Konsert Di Selangor Ditangguhkan
Polis Selangor tangguhkan sementara semua permit penganjuran konsert di negeri itu berkuat kuasa serta merta.
Jelasnya, ia susulan penyalahgunaan dadah di sebuah konsert di Bandar Sunway pada sambutan ambang tahun baru yang berakhir dengan kematian 4 pengunjung.
Bagaimanapun, bagi konsert yang sudah diluluskan permit sebelum ini, penganjur perlu yakinkan polis bahawa tiada elemen terlarang seperti dadah dan alkohol dibawa masuk selain kapasiti pengunjung yang terkawal.
Sementara itu, siasatan polis mendapati 4 individu yang meninggal dunia itu dipercayai beli dadah di dalam premis konsert itu berlangsung.
PM mahu isu kemiskinan tegar dan tebatan banjir diselesaikan segera
Perdana Menteri mahu semua isu mendesak, seperti kemiskinan tegar dan tebatan banjir diselesaikan segera.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini kerana ia melibatkan kepentingan dan keselamatan nyawa serta harta benda rakyat. Kalau perlu jimat perbelanjaan lain kita jimatkan.
Sementara itu, beberapa latihan antaranya bidang kecerdasan buatan, AI dan pendigitalan akan diperluaskan kepada penjawat awam terutamanya pegawai muda bermula tahun ini.
Perdana Menteri berkata langkah itu bagi meningkatkan kecekapan dalam tadbir urus perkhidmatan awam.
Kucing mati di UM akibat haiwan liar
Polis KL sahkan tiada unsur penderaan bagi 4 daripada 5 kucing yang ditemui mati di kampus Universiti Malaya.
Jelasnya, hasil bedah siasat dan pemeriksaan lanjut Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati kucing-kucing tersebut mati akibat gigitan haiwan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca