← Back to list
Kerja Pembaikan Jalan Akibat Banjir Mula Bulan Ini
Jan 15, 2025
Kerja Pembaikan Jalan Akibat Banjir Mula Bulan Ini
Kerja-kerja pembaikan jalan rosak akibat banjir bagi negeri-negeri yang terlibat akan dilaksanakan secara beperingkat seawal bulan ini.
Menurut Kementerian Kerja Raya ia akan tertumpu kepada 5 negeri yang terjejas iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan Pahang.
Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kos pembaikan jalan akibat banjir ekoran Monsun Timur Laut dianggarkan lebih RM100 juta.
Malaysia berusaha dapatkan kuota haji tambahan
Malaysia sedang berusaha mendapatkan 10,000 lagi kuota haji tambahan daripada Arab Saudi.
Menurut Menteri Hal Ehwal Agama, bagi tahun ini, Malaysia sudah mengesahkan kuota haji seramai 31,600 jemaah.
Jelas Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar kuota tambahan itu antara kandungan Memorandum Urusan Haji yang ditandatangani oleh beliau dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, baru-baru ini.
Pasangan Malaysia kahwin di Selatan Thailand turun kepada 40 peratus
Larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram sejak 1 Disember lalu menyaksikan jumlah pasangan dari Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand turun kepada 40 peratus.
Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat berkata ramai pasangan Malaysia membatalkan perjalanan mereka ke sana kerana pemeriksaan ketat.
Tambahnya sepanjang tahun lalu, lebih 300 pasangan Malaysia berkahwin di Narathiwat dengan majoritinya berasal dari Kelantan dan Terengganu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca