← Back to list
Malaysia sambut baik gencatan senjata Hamas-Israel
Jan 16, 2025
Perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel bukan hanya kemenangan untuk penduduk Palestin malah seluruh dunia termasuk Malaysia.
Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin berkata seluruh dunia terutama Malaysia menantikan khabar gembira itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Qatar umumkan perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui Hamas dan Israel membabitkan tiga fasa mulai Ahad ini JIKA ia diluluskan oleh kabinet Israel.
__
Sementara itu, Wisma Putra sifatkan ia sebagai langkah pertama untuk menamatkan konflik 15 bulan penderitaan Palestin yang telah meragut lebih 46,000 nyawa.
Ia menegaskan Malaysia teguh bersolidariti dengan Palestin dan sentiasa melihat peluang masyarakat antarabangsa untuk bersatu bagi mencari penyelesaian kekal.
Tambahnya, usaha kini tertumpu kepada pelaksanaan berkesan termasuk penghantaran bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan ketika ini.
__
Dan, lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik agensi pelancongan direman tiga hari bagi bantu siasatan berhubung dakwaan penipuan umrah.
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke tanah suci, namun ditunda syarikat pengendali umrah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca