← Back to list
Malaysia Harap Genjatan Senjata Di Gaza Diteruskan
Jan 17, 2025
Malaysia Harap Genjatan Senjata Di Gaza Diteruskan
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza yang akan bermula Ahad ini dapat diteruskan.
Jelas Perdana Menteri, ia dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin, sekali gus mencapai kedamaian berkekalan.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan Jepun bagi menyegerakan pembangunan semula Gaza.
Jelas beliau, inisiatif Jepun untuk bantu pemulihan Gaza itu dibincangkan semasa lawatan PM Jepun ke Malaysia awal bulan ini.
Datuk Seri Anwar kini dalam lawatan kerja selama 5 hari ke United Kingdom.
KPDN terbuka terima cadangan tingkatkan nilai denda
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terbuka dengan sebarang cadangan dan syor meningkatkan nilai denda bagi pihak yang didapati menyalahgunakan sijil halal.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Dalam perkembangan lain, KPDN akan tingkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi termasuk cadangan melarang warga asing membelinya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca