← Back to list
Malaysia Kekal Di Kedudukan Ke-57 CPI 2024
Feb 12, 2025
Kerajaan komited untuk pertingkatkan persepsi global terhadap ketelusan sistem tadbir urus di negara ini.
Setiausaha Negara berkata keputusan Indeks Persepsi Rasuah 2024 menjadi titik rujukan Malaysia untuk capai kedudukan 25 teratas dunia dalam CPl menjelang 2033.
Untuk rekod, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2024 kekal di kedudukan ke-57 dengan skor 50 mata.
.....
Polis maklumkan suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam minggu lalu sudah kenal pasti.
Ketua Polis Selangor berkata pihaknya sedang giat memburu suspek terbabit dan yakin dia akan ditahan dalam masa terdekat.
.....
Seorang wanita direman enam hari kerana disyaki pukul anak perempuannya hingga cedera akibat terkena bucu bangku di sebuah pasar saya di Kangar, Perlis.
Dalam perkembangan berkaitan, kanak-kanak berkenaan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
.....
SPRM berkata tiga selebriti yang disiasat berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram tidak terlibat dengan urusan kegiatan syarikat perunding kewangan terbabit.
.....
Bomba maklumkan lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Cheras, Kuala Lumpur malam tadi.
.....
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sahkan dia dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu.
.....
Dan anak bongsu kepada pasangan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah yang berusia enam bulan meninggal dunia semalam.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca