← Back to list
Akta SOSMA Akan Ditambah Baik
Feb 19, 2025
Kerajaan telah kenal pasti beberapa bahagian dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk ditambahbaik.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi beri keadilan dan keseimbangan dalam isu keselamatan negara serta kebebasan awam.
Antara yang dipertimbangkan ialah kemungkinan membenarkan ikat jamin bagi kesalahan tertentu.
Ketika ini tiada jaminan dibenarkan di bawah SOSMA kecuali melibatkan wanita serta individu yang sakit atau bawah umur.
Kementerian Dalam Negeri juga akan kaji keperluan mewujudkan mahkamah khas bagi percepat proses pendakwaan di bawah Akta SOSMA.
---
Penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri Sembilan boleh pulang seawal 2.00 petang pada setiap Jumaat, Ramadan nanti.
Waktu kerja anjal itu disediakan memandangkan mereka boleh masuk kerja seawal 7.30 pagi dan tidak keluar berehat pada bulan puasa, berbanding lelaki yang keluar solat Jumaat.
---
15 rakyat Malaysia yang jadi mangsa pemerdangangan manusia oleh sindiket penipuan di Myanmar dijangka dapat dibawa pulang minggu ini.
Mangsa diselamatkan pihak berkuasa Myanmar minggu lalu dan dibawa ke Thailand untuk proses penghantaran pulang.
---
Peniaga tempatan di bazar Ramadan di Kota Bharu diingatkan agar tidak menyewakan atau menjual tapak mereka kepada peniaga warga asing.
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam memaklumkan, tindakan tegas akan dikenakan ke atas peniaga yang ingkar termasuk dibatalkan lesen dan disenarai hitam.
---
Kerajaan Negeri Sembilan memaklumkan seorang maut manakala 8 lagi Orang Asli dari Kampung Chergun dan Guntur, Kuala Pilah dijangkiti wabak kusta.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca