← Back to list
‘Dummy Buckle’ Ancam Keselamatan Pengguna
Feb 24, 2025
Fenomena “dummy buckle’ di negara ini semakin membimbangkan.
MIROS berkata penggunaan tali pinggang keledar palsu itu menimbulkan ancaman serius kepada pemandu dan penumpang ketika kemalangan.
Pihaknya turut gesa pihak berkuasa ambil tindakan segera termasuk mengharamkan penjualannya yang semakin berleluasa di pasaran.
Untuk rekod, Kementerian Pengangkutan akan adakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi tangani isu itu.
.....
Kementerian Kewangan jangkakan pencarum KWSP terima agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024.
Pihaknya berkata ini berdasarkan prestasi memberangsangkan KWSP pada suku ketiga tahun lepas dan KWSP dijangka umum kadar dividen 2024 pada awal Mac ini.
.....
Pelaksanaan perintah khidmat masyarakat hingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil dijangka berkuat kuasa pada tahun ini.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata sesi libat urus dan penerangan telah dilakukan beberapa kali untuk memastikan perintah itu dapat direalisasikan.
.....
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan kerajaan tidak campur tangan urusan badan penguat kuasa dalam ambil tindakan terhadap mana-mana pihak.
.....
Dalam perkembangan lain, SPRM tahan 4 pegawai yang mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana disyaki terbabit dalam rasuah.
.....
Kira-kira 30 pasukan bola sepak dan peniaga terpedaya dengan penganjuran pertandingan bola sepak yang tidak wujud di Ipoh, Perak.
.....
Akhir sekali, Aina Abdul dan Fabio Asher raih anugerah Lagu/Audio Tergempak 2024 menerusi lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu pada Gempak Most Wanted Awards 2024.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca