← Back to list
SPRM Siasat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Mar 03, 2025
SPRM sahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.
Bulan lalu 4 pegawai kanan Datuk Seri Ismail Sabri ditahan berkaitan siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.
Sementara itu SPRM sahkan telah rampas wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas bernilai RM7 juta selepas geledah sebuah kediaman dan 3 pejabat.
---
Ops Pantau 2025 kini berlangsung di seluruh negara hingga Aidilfitri bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan dan undang-undang.
KPDN memaklumkan, antara lokasi tumpuan operasi itu ialah bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam dan kedai runcit.
Antara fokus operasi tersebut ialah berkaitan bekalan dan harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbang dan penjualan barang keperluan Hari Raya.
---
Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan dan sektor pertanian negara ekoran corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global.
Justeru Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tegaskan, perlu ada kerjasama serantau bagi menangani kemungkinan kekurangan bekalan makanan.
Malaysia kini mempunyai stok beras yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 6 bulan namun pengeluaran telah turun daripada 71 peratus kepada 56 peratus ekoran perubahan iklim dan cuaca tidak menentu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca