← Back to list
Tragedi Paip Gas Terbakar: Hasil Siasatan Awal Diumumkan Hari Ini
Apr 04, 2025
Bantuan awal kepada pemilik kediaman yang terjejas kebakaran saluran paip gas di Putra Heights akan mula disalurkan Isnin depan.
Menteri Besar Selangor berkata, ia merupakan bantuan RM5,000 dan RM2,500 ringgit yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Menurut Datuk Seri Amirudin Shari lagi, keutamaan diberikan kepada keluarga yang rumah mereka musnah sepenuhnya.
Sebagai rekod 87 rumah didapati rosak sepenuhnya dan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah masih boleh dihuni selepas diperbaiki.
Dalam pada itu penemuan awal siasatan insiden berkenaan dijangka mula diumumkan hari ini.
Ujar Datuk Seri Amirudin, pelbagai agensi termasuk PDRM, JKR serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sedang meneliti kejadian itu.
Penyiasat juga pertimbang semua bukti termasuk dakwaan dan gambar di media sosial.
---
Penggunaan telefon bimbit dan ketiadaan pemandu ke-2 dikesan antara kesalahan serius syarikat dan pemandu bas ekspres susulan operasi khas JPJ sempena Aidilfitri.
Ia hasil penyamaran yang dilakukan pegawai JPJ yang menyaksikan lebih 100 kesalahan tersebut berjaya dikesan.
Penumpang bas juga boleh melaporkan aduan berkaitan kesalahan lalu lintas secara terus atau real-time menggunakan aplikasi MyJPJ bersama butiran lengkap maklumat.
Sementara itu PLUS jangka lebih 2 juta kenderaan sehari akan berada di rangkaian lebuh rayanya untuk tempoh 3 hari bermula hari ini.
---
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas kecam tindakan Hungary tarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sejurus tibanya Perdana Menteri Israel di Budapest untuk lawatan selama 4 hari.
Ia merupakan lawatan pertama Benjamin Netanyahu ke Eropah sejak ICC mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana jenayah perang di Gaza.
Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch turut gesa Hungary tahan Netanyahu dan serahkannya kepada ICC.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca