← Back to list
Meta umum ciri keselamatan Teen Accounts
Apr 09, 2025
Meta mengumumkan pengguna Instagram berumur bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan guna ciri siaran langsung tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Ciri keselamatan Teen Accounts itu akan diuji terlebih dahulu di AS, UK, Kanada dan Australia dalam beberapa bulan akan datang serta bakal diperluaskan ke Facebook.
Ia sejajar usaha di banyak negara untuk hadkan atau haramkan penggunaan media sosial di bawah usia tertentu ekoran kesan buruknya terhadap perkembangan mental golongan muda.
---
Laporan siasatan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dijangka siap lebih awal berbanding tempoh 2 minggu yang ditetapkan sebelum ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini susulan jawatankuasa siasatan teknikal menjalankan proses siasatan 24 jam tanpa henti bermula Isnin lalu.
Beliau juga memaklumkan pihaknya telah terima 675 laporan polis berkaitan kejadian itu dan 186 saksi selesai dirakam percakapan.
Sementara itu bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi yang terjejas akibat insiden berkenaan dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.
---
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi saran kadar elaun lebih 10,000 sukarelawan APM dinaikkan daripada RM40 kepada RM80 ringgit sehari.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ia wajar diseragamkan dengan pasukan sukarelawan lain sejajar sumbangan APM kepada masyarakat.
---
Polis Shah Alam telah tahan seorang remaja lelaki disyaki pesakit mental yang dilihat berlari tanpa pakaian semalam.
Dia kemudian diserahkan kepada keluarga untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca