Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Jenazah Tun Abdullah Selamat Dikebumikan

Apr 15, 2025


Jenazah Tun Abdullah Selamat Dikebumikan

Upacara pengebumian bekas Perdana Menteri Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi berlangsung dengan lancar mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah disolatkan terlebih dahulu yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Upacara penghormatan terakhir dihadiri oleh ahli keluarga, orang ramai dan pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir, 4 bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Abdullah yang dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939 meninggal dunia di IJN malam tadi pada usia 85 tahun.

Beliau memegang jawatan Perdana Menteri dari tahun 2003 hingga 2009 selepas pengunduran Tun Dr Mahathir.

Allahyarham juga dikenang menerusi banyak jasa beliau kepada negara dan agama antaranya menaikkan gaji penjawat awam dan dasar Modal Insan termasuk Islam Hadhari.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us