← Back to list
Kerajaan Pertimbang Bina Lorong Motosikal di Lebuh Raya Baru
Apr 16, 2025
Kerajaan pertimbang bina lorong motosikal di lebuh raya baru meskipun perlu pelaburan tambahan.
Kementerian Kerja Raya memaklumkan, ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan penunggang motosikal.
Statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan banyak kematian di negara ini disebabkan oleh kemalangan motosikal.
---
Bomba sasar periksa 18,000 premis rumah inap sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Ia sebagai usaha memastikan pemilik premis terbabit mematuhi serta memahami SOP keselamatan yang ditetapkan.
Bomba juga akan mengadakan pertemuan dengan pemilik inap desa bagi beri penerangan berkaitan aspek keselamatan yang perlu diberikan perhatian
---
Semua syarikat telekomunikasi diarah kemuka laporan bulanan mengenai usaha tangani isu capaian atau liputan internet rendah mengikut negeri.
Menurut Kementerian Komunikasi, telco juga perlu cari penyelesaian jangka panjang bagi memastikan liputan internet yang luas dan tidak terganggu untuk semua rakyat.
---
Ahli Parlimen Raub dan Pengerusi Save Musang King Alliance dibebaskan dengan jaminan polis.
Mereka ditahan kelmarin kerana dilapor halang penjawat awam menjalankan tugas semasa operasi penguatkuasaan di kebun durian haram di daerah itu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca