← Back to list
Syed Saddiq Bebas
Jun 25, 2025
Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
daripada sabitan dan hukuman penjara 7 tahun serta 2 sebatan berkaitan kes dana ARMADA.
Terdahulu, Ahli Parlimen Muar itu disabit atas beberapa pertuduhan termasuk pecah amanah,
salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA.
Bagaimanapun SPRM akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
---
JPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat, APAD tidak pernah pandang ringan setiap aduan
rakyat.
Menurut Kementerian Pengangkutan, ia termasuk video yang tular di media sosial melibatkan
kesalahan jalan raya yang dilakukan kenderaan berat dan bas ekspres.
Malah tindakan segera akan diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang
lain terpelihara.
Baru-baru ini, APAD gantung lesen pengendali sebuah syarikat bas eskpres selama 30 hari
susulan video tular pemandu basnya memandu secara berbahaya.
---
Polis maklumkan kejadian dua kes tembakan dalam tempoh 4 hari di Brickfields dan Cheras,
baru-baru ini dipercayai tidak mempunyai kaitan.
Polis turut maklumkan setakat ini tiada tangkapan dilakukan berhubung kejadian kes tembak di
Cheras.
Terdahulu, siasatan awal mendapati dua kes tembakan di Brickfields dan Cheras menunjukkan
kedua-duanya membabitkan elemen kongsi gelap.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca