← Back to list
KPKT Sedia Beri Kerjasama Siasatan SPRM
Jul 03, 2025
KPKT Sedia Beri Kerjasama Siasatan SPRM
KPKT mengalu-alukan siasatan SPRM berhubung pelaksanaan inisiatif MyKiosk di peringkat PBT.
Pihaknya komited untuk beri kerjasama penuh terhadap siasatan bagi memastikan inisiatif kerajaan dilaksanakan secara telus dan bebas daripada sebarang unsur penyelewengan.
SPRM jalankan siasatan ekoran beberapa laporan dan aduan awam yang mendakwa wujud unsur penyelewengan dalam pelantikan kontraktor serta pembekalan unit MyKiosk di beberapa PBT.
Tak biasa pakai tali pinggang keledar antara alasan penumpang bas
Tidak biasa pakai tali pinggang keledar antara alasan penumpang dalam Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar terhadap bas ekspres dan persiaran di Negeri Sembilan, Selasa lalu.
Susulan itu, JPJ ingatkan orang ramai bahawa pemakaian tali pinggang keledar sangat penting bagi mengurangkan risiko kecederaan parah akibat kemalangan.
Bermula Selasa lalu, JPJ mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar ke atas semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca