← Back to list
SPRM Ketatkan Syarat Kenaikan Pangkat Bermula 2026
Jul 04, 2025
Pegawai dan anggota SPRM yang obes atau gagal capai BMI yang ditetapkan tidak layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat bermula tahun depan.
Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata langkah ini diambil bagi menekankan kepentingan kesihatan, keterampilan dan kecergasan warga SPRM.
......
Sementara itu, kerajaan Terengganu maklumkan masalah berat badan dalam kalangan remaja berusia 10 hingga 19 tahun di negeri itu semakin membimbangkan.
Pihaknya berkata daripada lebih 13 ribu remaja yang lakukan saringan kesihatan tahun lalu, kira-kira 660 alami obesiti dan lebih 1,600 miliki berat badan berlebihan.
.....
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera selepas digigit seekor anjing ketika berjalan pulang ke rumah dalam kejadian di Selangor.
......
TNB jamin majoriti mahasiswa tidak akan terkesan dengan kenaikan tarif elektrik yang bermula Selasa lalu, ini termasuk yang menyewa di kediaman biasa atau kolej.
.....
Akhir sekali, JAKIM sedia bantu kerajaan Melaka untuk semak dan sahkan kaligrafi di masjid serta surau susulan dakwaan kesilapan ejaan khat kalimah Allah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca