Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Astro Radio News Catat Prestasi Terbaik Pada Malam Wartawan Malaysia 2025

Jul 04, 2025


astro radio news catat prestasi terbaik pada malam wartawan malaysia 2025

Dua Wartawan Astro Radio News, Nicholas Darren John dan Muhammad Najib Md Nazri diiktiraf karya mereka pada Malam Wartawan Malaysia 2025 yang berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Nicholas dinobat sebagai pemenang perak bagi kategori Laporan Radio Terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 menerusi karya berjudul ‘20th Anniversary Of The Indian Ocean Tsunami’ yang menceritakan mengenai perjalanan hidup mangsa-mangsa tsunami. 

Manakala Najib Nazri dinobat sebagai pemenang gangsa bagi kategori yang sama menerusi karyanya yang berjudul ‘Dilema Ego Lelaki: Sampai Bila Nak Abaikan Kesihatan?’ yang mengupas isu kesihatan dalam kalangan lelaki di Malaysia. 

Ketua Operasi Bilik Berita Astro Radio News, Moganadas Muniandy menyifatkan ia sebagai kemenangan terbesar dalam sejarah penyertaan mereka pada pertandingan cukup berprestij itu. 

“Kali pertama dan terakhir Astro Radio News menang adalah pada tahun 2015 menerusi hadiah saguhati untuk kategori yang sama. Jadi kita berjaya atasi pencapaian itu selepas hampir 10 tahun tidak berjaya,” kata Moganadas. 

Tambah beliau kejayaan ini lebih manis kerana kedua-dua pemenang terdiri daripada gabungan wartawan senior dan junior. 

“Kejayaan ini sekali gus membuktikan Astro Radio News tidak pernah lelah melahirkan wartawan pelapis yang mampu berdiri sama tinggi sama rendah dengan kontemporari mereka.” 

Sementara itu Ketua Jabatan Astro Radio News, Chan Sue Ching melahirkan kegembiraan atas pencapaian cemerlang kedua-dua wakil bilik berita Astro Radio News kali ini. 

Sue Ching berharap warga kerja Astro Radio News akan terus mengharumkan nama Astro Radio yang kini dikenali sebagai Astro Audio dan Astro pada amnya. 

astro radio news catat prestasi terbaik pada malam wartawan malaysia 2025

Dalam pada itu, pemenang perak, Nicholas Darren John bersyukur mendapat tempat kedua dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam kejayaan ini.  

“Terpilih top 3 daripada 7 penyertaan terbaik meletakkan Astro Radio News sebaris dengan Bernama dan media arus perdana yang lain. Tahun depan kami akan sasarkan tempat pertama pula,” kata Nicholas dengan yakin. 

astro radio news catat prestasi terbaik pada malam wartawan malaysia 2025

Buat anak perantau dari Kedah, Muhammad Najib Md Nazri menyifatkan kejayaan meraih tempat ketiga itu sebagai berkat doa dan sokongan daripada ibu bapa serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

“Saya masih setahun jagung dalam industri media dan pengiktirafan ini adalah hadiah terbesar buat saya untuk tahun ini. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak pengurusan, editor dan senior saya, Juhaiza Laili kerana melatih dan membantu saya untuk lebih bersinar dalam dunia kewartawanan ini. Ini adalah pencapaian kita bersama,” luah Najib dengan air mata kegembiraan. 

Malam Wartawan Malaysia 2025 yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir itu menyaksikan kehadiran hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada tokoh wartawan, pengarang kanan, wartawan, pengamal media dan rakan korporat dari seluruh negara. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us